Putra tidak akan sertai mana-mana gabungan hadapi PRU15: Ibrahim Ali

Ibrahim Ali
Ibrahim Ali
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak akan menyertai mana-mana gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selaras dengan konsep parti tidak mahu terikat dengan manifesto blok tertentu, kata Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali.

Bagaimanapun katanya, Putra terbuka untuk bekerjasama dengan parti yang menubuhkan kerajaan sekiranya sokongan mereka diperlukan, selain kerjasama itu boleh membantu perjuangan Putra.

“... untuk menubuhkan kerajaan (selepas pilihan raya) pula adalah perkara berbeza.

“Apabila selesai pilihan raya, kita tengok keadaan sekiranya ada parti yang menang memerintah, jika mereka perlukan sokongan kita,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Putra P116 Wangsa Maju di sini pada Sabtu.

Ibrahim berkata, Putra menyasarkan untuk bertanding di 45 hingga 49 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU15 dengan 25 kerusi sudah disenarai pendek.

Beliau turut mengesahkan akan bertanding pada PRU itu dengan pilihan sama ada di Parlimen Gombak atau satu daripada kerusi Parlimen di Kelantan. - Bernama

Artikel Berkaitan: