Masalah banjir kilat bakal selesai

ohd Zohdi (dua kanan) melihat pelan projek.
A
A

POKOK SENA - Masalah banjir kilat membelenggu penduduk Kampung Machang Kudung berhampiran Bandar Sejahtera Pokok Sena, di sini, bakal diselesaikan melalui projek pembinaan parit konkrit.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad berkata, pihaknya menerima makluman masalah banjir kilat sering berlaku di kawasan perkampungan itu apabila hujan.

Mohd Zohdi berkata, disebabkan itu, apabila hujan lebat melanda antara 10 hingga 15 rumah akan dinaiki air dan terjejas akibat masalah banjir kilat yang melanda kawasan itu.

"Melalui semakan, kita mendapati banjir kilat berlaku disebabkan saiz longkang yang agak kecil dan tidak dapat menampung air hujan apabila berlaku hujat lebat.

"Selain itu, longkang ataupun parit berkenaan dikhuatiri tidak diselenggara secara berjadual dan konsisten, untuk itu inisiatif diambil demi mengatasi isu tersebut," katanya.

Mohd Zohdi (belakang) membuat tinjauan ke kawasan berkenaan.
Mohd Zohdi (belakang) membuat tinjauan ke kawasan berkenaan.

Katanya, susulan itu, lebih kurang dua kilometer parit dicadangkan dibina bersempadanan perkampungan sedia ada demi mengatasi masalah banjir kilat itu.

Menurutnya, antara cadangan ialah membina parit konkirt bersaiz 2.1 meter daripada tapak projek, iaitu di atas simpanan jalan sedia ada hingga ke kolam takungan sedia ada.

Mohd Zohdi berkata, Majlis Bandaraya Alor Setar menyakini usaha diambil mampu menyelesaikan masalah membimbangkan penduduk Kampung Machang Kudung selama ini.