Masjid Kampung Bongek terbakar

Untitled
Untitled
A
A
A

REMBAU - Masjid Kampung Bongek di sini musnah 70 peratus dalam kebakaran pada jam 10 pagi Ahad.

Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Amer Izham Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.19 pagi dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan bahagian dalam masjid iaitu ruangan solat lelaki dan wanita, bilik mesyuarat serta pendawaian yang terbakar 50 peratus.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.33 pagi dan insiden ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: