Guardiola tak panik tewas kepada Leeds United

Guardiola
Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak panik walaupun tewas mengejut kepada Leeds United 1-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad pada Sabtu.

Menurutnya, City masih berada di puncak liga selain tidak menyesal kerana bertindak melakukan beberapa rombakan dalam kesebelasan utama pasukan yang menyaksikan calon juara EPL itu kecundang di laman sendiri.

"Saya tidak menyesal kerana saya percayakan mereka. Jika saya tidak percayakan mereka, maka mereka tidak akan diberikan peluang bermain. Semua orang sangat bagus.

"Walaupun kami bermain dengan 11 orang dan mereka bermain dengan 10 orang, tetapi kami tidak boleh menyerang mereka begitu sahaja. Apabila kami menyerang, mereka mempunyai ruang untuk melakukan serangan balas.

"Itu yang berlaku apabila mereka menyerang kami dan menjaringkan gol. Namun, saya tidak kecewa kerana Leeds bermain dengan baik dan mereka layak menang," katanya.

Guardiola merehatkan beberapa pemain utama mereka seperti Ilkay Gundogan, Kevin De Bruyne, Phil Foden dan Riyad Mahrez untuk aksi menentang Borrusia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara pada Khamis ini.

tindakan Guardiola itu membawa padah dengan Leeds tampil dengan permainan berkualiti untuk menundukkan gergasi EPL itu walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Liam Cooper dibuang padang pada penghujung separuh masa pertama.

Namun, kekalahan itu tidak menggugat kedudukan City di puncak liga yang masih selesa dengan kelebihan 14 mata berbanding pencabar terdekatnya Manchester United di kedudukan kedua liga.

Artikel Berkaitan: