Empat warga Pakistan ditahan beri suapan kepada polis

Empat warga Pakistan direman bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah.
Empat warga Pakistan direman bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat warga Pakistan kerana disyaki memberi suapan kepada anggota polis berikutan tidak memiliki kebenaran rentas negeri dalam kejadian di Junjung, Kulim pada Sabtu.

Kesemua mereka berusia antara 22 hingga 41 tahun itu direman antara tiga hingga enam hari bermula Ahad bagi membantu siasatan.

Perintah reman dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Dalilah Ismail dan selesai pada jam jam 11.10 pagi.

Difahamkan, suspek disyaki memberi rasuah sebanyak RM150 kepada anggota polis yang bertugas berikutan gagal mengemukakan borang rentas negeri dari Pulau Pinang ke Kulim, Kedah.

Perbuatan itu bertujuan sebagai dorongan agar tidak dikenakan sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota polis melaporkan kejadian kepada SPRM membolehkan keempat-empat peniaga itu ditahan.

Penahanan dibuat pada jam 4.30 petang di Pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.