X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD: KWSP tutup sementara cawangan Pekan, Pahang

KWSP menutup sementara pejabat dan kaunter di Pekan berikutan PKPD untuk daerah Pekan di negeri Pahang berkuat kuasa dari 9 hingga 22 April 2021.
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menutup sementara pejabat dan kaunter di Pekan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk daerah Pekan di negeri Pahang berkuat kuasa dari 9 hingga 22 April 2021.

Dalam kenyataan pada Ahad, KWSP berkata, sehubungan itu semua permohonan Janji Temu Online (JTO) ke KWSP Pekan akan dibatalkan serta-merta.

“Ahli yang telah membuat janji temu di pejabat Pekan yang dijadualkan dalam tempoh PKPD perlu membuat semula janji temu mereka setelah perintah kawalan tamat,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP, iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan) yang beroperasi seperti biasa.

Katanya, pembayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank berdaftar di kaunter serta ahli dan majikan disaran untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja.

Bagi penjelasan lebih lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03-8922 6000.

“Pada masa mencabar ini, KWSP komited untuk terus memberikan perkhidmatan kepada ahli di cawangan atau saluran digital. Kesihatan dan keselamatan ahli serta anggota KWSP tetap menjadi keutamaan. Segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!