Pharmaniaga dilantik pengedar tunggal Baraka di Malaysia

No Image Caption
A
A
A

PHARMANIAGA Bhd pada Ahad mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) telah dilantik secara rasmi oleh Pharco Pharmaceuticals dari Mesir sebagai pengedar tunggal suplemen kesihatan Baraka di Malaysia baru-baru ini.

Dengan pelantikan ini, katanya, PLSB telah melantik Pristine Pharma Sdn Bhd, sebuah lagi anak syarikat Pharmaniaga, sebagai pengedar tunggal Baraka.

“Baraka kini boleh didapati di RoyalePharma cawangan Bangi, farmasi terpilih dan kedai ubat tradisional,” katanya dalam kenyataan di sini.

Berasal dari Mesir, Baraka diperbuat daripada 100 peratus minyak Habbatus Sauda berkualiti tinggi, semula jadi, Halal dan selamat untuk dimakan.

Proses pembuatannya merangkumi pengambilan minyak Habbatus Sauda melalui teknik ‘cold-press’ untuk mengekalkan khasiat dan sifat antioksidannya.

Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul gel lembut dan pek lepuh yang mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana-mana. - Bernama

Artikel Berkaitan: