Mekanik maut motosikal ditunggang langgar jengkaut

Gambar kejadian kemalangan di Lebuhraya DUKE tular di laman sosial.
Gambar kejadian kemalangan di Lebuhraya DUKE tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang mekanik maut apabila motosikal yang ditunggang telah melanggar sebuah jengkaut di kilometer 10.4 Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE) di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 7.22 malam itu, mangsa, Mohd Azman Arifin, 45, menunggang motosikal Yamaha Y15 dari Shah Alam menghala ke Ukay Perdana telah melanggar belakang jengkaut di lorong kiri Lebuhraya DUKE.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat telah dibawa ke Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dah bedah siasat akan dibuat setelah keputusan ujian Covid-19 diperolehi," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Zulkefly memaklumkan Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: