Arsyad pintas Jonathan, Azeem

Muhammad Arsyad (kiri) mengungguli acara 100 meter (m) lelaki pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Sabtu.
Muhammad Arsyad (kiri) mengungguli acara 100 meter (m) lelaki pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Sabtu.
A
A
A

ATLET Johor, Muhammad Arsyad Md Saat mencipta kejutan apabila mengungguli acara 100 meter (m) lelaki pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Sabtu.

Muhammad Arsyad mencatatkan larian 10.64 saat (s) untuk menewaskan atlet kebangsaan dari Sarawak, Jonathan Nyepa yang berada di tempat kedua (10.70s) manakala Muhammad Azeem Mohd Fahmi dari Perak pula berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan 10.85s.

Atlet berusia 18 tahun yang gembira dengan kemenangannya itu turut teruja apabila dapat memperbaharui rekod peribadi iaitu 10.70s yang dicatat semasa Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) pada 2019.

“Jurulatih saya pun gembira namun beliau memberitahu masih banyak lagi perlu diperbaiki khususnya pada peringkat permulaan dan teknik larian,” katanya pada Sabtu.

Anak buah jurulatih pecut Mohd Poad Md Kassim yang pernah membimbing pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 Khairul Hafiz Jantan itu turut mengimpikan untuk tersenarai dalam Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada 21 Nov hingga 2 Disember depan.

Sementara itu, Azreen Nabila Alias muncul juara 100m wanita dengan catatan 12.00s diikuti Komalam Shally dari Perak (12.01s) manakala tempat ketiga diraih atlet Johor Siti Fatimah Mohamad (12.12s).

Kejohanan GP Malaysia akan bersambung dan berakhir esok.

Artikel Berkaitan: