X

Kindly register in order to view this article
!

Guna monyet untuk merompak

Gambar hiasan
A
A

NEW DELHI - Dua lelaki di India yang tergamak menggunakan monyet untuk merompak akhirnya berjaya ditahan, menurut pihak berkuasa pada Sabtu.

Polis di New Delhi memaklumkan penahanan kedua-dua individu itu bersama monyet mereka dibuat di sebuah perhentian bas pada Khamis lalu selepas salah seorang mangsa mengalami kerugian 6,000 rupees (RM331) akibat dirompak suspek.

"Mereka mengambil peluang merompak mangsa ketika dia berada di dalam sebuah beca automatik. Suspek mengambil kesemua wang yang terdapat dalam dompet mangsa sebelum melarikan diri bersama monyet mereka," ujar jurucakapnya.

Menurutnya, pihak berkuasa juga mengesyaki geng tersebut terlibat dengan kes rompakan lain yang menggunakan modus operandi sama.

Difahamkan, suspek ketiga masih diburu manakala monyet terlibat kejadian itu telah dihantar ke pusat perlindungan haiwan.

Difahamkan, monyet di India biasanya dilatih untuk menjadi penghibur jalanan dan kejadian haiwan tersebut menyerang penduduk biasanya jarang berlaku.

Tahun lalu, sekumpulan monyet pernah mencetuskan panik di bandar Meerut selepas ia menyerang pegawai perubatan dan melarikan sampel darah pesakit positif Covid-19. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!