Leeds United kejutkan Manchester City di Etihad

Dallas (kanan) meraikan jaringannya ketika aksi Leeds United menentang Manchester City di Stadium Etihad sebentar tadi. - Foto AFP
Dallas (kanan) meraikan jaringannya ketika aksi Leeds United menentang Manchester City di Stadium Etihad sebentar tadi. - Foto AFP
A
A
A

IMPIAN pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City untuk menjulang kejuaraan lebih awal terjejas apabila dijinakkan Leeds United 2-0 pada aksi liga di Stadium Etihad sebentar tadi.

Pelawat kendalian Marcelo Bielsa terlebih dahulu di depan hasil jaringan Stuart Dallas pada minit ke-42 sebelum beraksi 10 pemain setelah kapten Leeds United, Liam Cooper dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran ke atas pemain The Citizens, Gabriel Jesus.

Tuan rumah kendalian Pep Guardiola meningkatkan asakan pada babak kedua akhir berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan pada minit ke-76 selepas Ferran Torres melambungkan bola melepasi jangkauan penjaga gol The Whites, Illan Meslier.

Namun Dallas sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada skuad Guardiola apabila meledak gol keduanya pada minit ke-91 dalam perlawanan tersebut seterusnya kekalahan keempat Manchester City musim ini.

Manchester City kini mengumpul 74 mata selepas mengharungi 31 perlawanan manakala Leeds United pula dengan 45 mata selepas mengharungi 31 perlawanan liga.

Untuk rekod kali terakhir gergasi Manchester itu tewas perlawanan liga adalah pada 8 Mei lalu ketika melayan kunjungan Manchester United yang menyaksikan The Citizens dijinakkan 2-0 di Etihad.

Artikel Berkaitan: