Melayu kurang berdaya saing

Mohd Redzuan Yusof
Mohd Redzuan Yusof
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyifatkan Melayu kurang berdaya saing berbanding bangsa lain yang dilihat lebih kuat dan rajin bekerja.

Menurutnya, kesenangan yang 'membina' bangsa Melayu menyebabkan kurangnya usaha untuk lebih maju.

"Ia disebabkan kita telah dibentuk dengan budaya mahu menerima bantuan atau mahu bekerja serta tidak mahu melibatkan diri dalam bidang usahawan.

"Ini fakta. Sebab itulah ia menjadi antara sebab sumbangan golongan ini (Melayu) tidak lebih 10 peratus, berbanding bangsa lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera (KUB) serta Program Satu Produk Satu Industri (SDSI), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Exco Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman dan Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor.

 Mohd Redzuan (tengah) bersama Mohd Nurkhuzaini (kanan) dan Wan Suraya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera, hari ini.
Mohd Redzuan (tengah) bersama Mohd Nurkhuzaini (kanan) dan Wan Suraya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera, hari ini.

Program SDSI selama dua hari bermula semalam itu disertai lebih 500 usahawan merangkumi 90 peratus pempamer dalam kalangan B40 daripada pelbagai sektor dari Terengganu dan Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Program itu menyasarkan jualan kira-kira RM5 juta dengan potensi jualan bagi kluster makanan dan minuman sebanyak RM2.95 juta manakala bagi produk dan servis kesihatan sebanyak RM515,000.