300 ahli D'Manis sertai Bersatu

Abdul Rashid (dua dari kanan) menerima replika borang keahlian daripada Maini (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian PKK Bersatu Bahagian Kuala Selangor dan Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan D'Manis di pekarangan PKK Bersatu Bahagian Kuala Selangor pada Sabtu.
Abdul Rashid (dua dari kanan) menerima replika borang keahlian daripada Maini (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian PKK Bersatu Bahagian Kuala Selangor dan Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan D'Manis di pekarangan PKK Bersatu Bahagian Kuala Selangor pada Sabtu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari menerima permohonan 300 ahli Pertubuhan Kebajikan D'Manis Malaysia (D Manis) bagi menyertai parti berkenaan.

Borang keahlian itu diserahkan Pengasas D'Manis, Datin Maini Jali pada Majlis Perasmian Pusat Khidmat Komuniti (PKK) Bersatu Bahagian Kuala Selangor dan Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan D'Manis di pekarangan PKK Bersatu Bahagian Kuala Selangor di sini pada Sabtu.

Abdul Rashid berkata, borang keahlian itu akan diserahkan kepada Bersatu Pusat untuk didaftarkan.

"Kita juga menggalakkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain untuk bekerjasama dengan Bersatu bagi menggerakkan usaha menambahkan keahlian parti ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian PKK Bersatu Bahagian Kuala Selangor dan Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan D'Manis di pekarangan PKK Bersatu Bahagian Kuala Selangor.

Abdul Rashid berkata, sebanyak dua cawangan baharu sudah ditubuhkan Bersatu Bahagian Kuala Selangor iaitu di Bandar Baru Kuala Selangor dan Kampung Assam Jawa.

"Setakat ini, sebanyak 15 cawangan telah didaftarkan dan kita jangkakan empat lagi cawangan akan ditubuhkan di bahagian (Kuala Selangor) ini," katanya.

Katanya, Bersatu akan terus meningkatkan kerjasama dengan Pas dalam usaha merampas Selangor dan seterusnya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Artikel Berkaitan:

"Kita akan berusaha untuk menambah lebih ramai ahli bagi menggerakkan jentera PRU15.

"Sekiranya tidak ramai ahli, agak sukar untuk kita gerakkan jentera lebih-lebih lagi PRU15 boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja," katanya.