Pahang benar solat tarawih 20 rakaat

Abdul Rahman Osman
Abdul Rahman Osman
A
A
A

KUANTAN - Pahang membenarkan umat Islam di negeri itu mendirikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat dan witir di semua masjid dan surau sepanjang Ramadan pada tahun ini.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, kebenaran itu dibuat berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Fatwa Hukum Syarak negeri.

"Perkara ini sudah mendapat perkenan daripada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah.

"Jadi, imam di masjid dan surau boleh berbuat demikian kerana kebenaran sudah diberikan, tetapi ia mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Pahang," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Pada Rabu, kerajaan Pahang telah mengeluarkan garis panduan bagi solat sunat tarawih dan aktiviti masjid sepanjang Ramadan ini.

Tempoh ibadah itu yang bermula dengan solat Isyak berjemaah hingga solat sunat witir dan doa ditetapkan sehingga jam 10 malam sahaja sebagaimana SOP.

Mengulas mengenai tempoh masa ibadah itu, Abdul Rahman berkata, jika tidak sempurnakan 20 rakaat dalam tempoh masa yang ditetapkan, bakinya boleh ditunaikan di rumah masing-masing.

Bagaimanapun, beliau meminta agar imam masjid dan surau mengekalkan solat sunat tarawih seperti diputuskan

Artikel Berkaitan:

"Kita hanya galakan, tapi kalau ada jemaah yang hendak balik ke rumah selepas lapan rakaat solat tarawih tidak mengapa.

"Jemaah masih boleh melakukan ibadah itu di rumah masing-masing," katanya.