Buat aduan jika peniaga emas ambil kesempatan

Alexander memukul gong sebagai gimik perasmian Majlis Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri dan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Covid-19 Pasar Awam di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar pada Sabtu.
Alexander memukul gong sebagai gimik perasmian Majlis Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri dan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Covid-19 Pasar Awam di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan bertindak dan melakukan siasatan sekiranya terdapat aduan daripada pengguna yang tertipu dalam aktiviti membeli emas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengguna perlu membuat aduan terhadap pihaknya jika percaya ada peniaga kedai emas atau peniaga dalam talian mengambil kesempatan ke atas mereka.

Menurutnya, siasatan akan dilakukan berdasarkan akta-akta sedia ada untuk mendapatkan punca sebenar apa yang berlaku.

"Emas ini penting bukan sekadar pakai tapi juga untuk pajak dan sebagainya. Oleh itu jika ada unsur-unsur luar biasa dan tidak berpatutan (unsur penipuan) kita akan bertindak (selepas aduan oleh pengguna dibuat)," katanya pada sidang akhbar semasa ditemui di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang manipulasi dalam penjualan emas dan juga kesempatan yang cuba diambil oleh peniaga terhadap kejatuhan harga logam tersebut sejak akhir-akhir ini selepas erasmikan Majlis Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri dan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Covid-19 Pasar Awam.

Alexander (dua kanan) cuba membuat kuih bahulu viral semasa melawat kedai-kedai di Kompels Pekan Rabu, Alor Setar pada Sabtu. Turut kelihatan Wan Romani (kanan).
Alexander (dua kanan) cuba membuat kuih bahulu viral semasa melawat kedai-kedai di Kompels Pekan Rabu, Alor Setar pada Sabtu. Turut kelihatan Wan Romani (kanan).

Hadir sama, Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Wan Romani Wan Salin, Pengarah KPDNHEP Kedah, Rae Morn Verak dan Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Ridhuwan Mustafa.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP, Azman Adam berkata, pihaknya menasihati orang ramai agar berwaspada dan membeli emas di tempat-tempat yang betul sahaja bagi mengelakkan penipuan berlaku.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pada tahun 2021, terdapat lapan aduan daripada pengguna yang mendakwa ditipu dan pihaknya sedang melatih pegawai-pegawainya bagi mengenali kualiti semua emas berdasarkan penandaan yang dilakukan.

"Kalau kita tengok pada emas ini memang ada penandaan seperti 919, 916, 875, 950 dan sebagainya, penandaan ini wajib.

"Selain itu, harga emas ini juga ditetapkan oleh komuniti penjual emas dan mereka perlu mempamerkan harga jualan harian. Menjadi tanggungjawab pengguna semasa mahu membeli tersebut dan peniaga dengan menyatakan dengan jelas berapa upah yang dikenakan," katanya.

Mengulas lanjut, Azman berkata, KPDNHEP juga mewajibkan semua penjual emas mengeluarkan satu resit dengan jelas menyatakan harga jualannya, nilai gram dan berapa upah yang dikenakan terhadap emas yang dijual.

"Jika ada pengguna yang hendak membeli emas, pastikan mereka dapat dokumen-dokumen tersebut kerana kemungkinan boleh digunakan jika ada proses tuntutan, ganti rugi ataupun jika dapati emas atau logam yang dijual itu tidak sama dari segi kualiti yang ditanda serta kualiti yang dijual,"katanya.