Tanah liat India tanpa permit dirampas

Tanah liat dari India yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit dirampas.
Tanah liat dari India yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit dirampas.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menahan sebuah kontena yang membawa serbuk tanah liat di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pada jam 4.30 petang Jumaat.

Pengarahnya, Noriah Dahlan berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kontena tersebut membawa 800 beg serbuk tanah liat jenis 'Clay A1' yang diimport dari India.

Menurutnya, setelah diperiksa, kontena tersebut tidak memiliki permit import sah yang dikeluarkan oleh Maqis.

"Kontena tersebut mengandungi serbuk tanah liat seberat 20,000 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM4,336.

"Pihak pengimport didapati gagal mengemukakan dokumen import permit yang sah untuk mengimport kesemua tanah liat tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

800 beg tanah liat dirampas Maqis Pulau Pinang pada petang Jumaat.
800 beg tanah liat dirampas Maqis Pulau Pinang pada petang Jumaat.

Katanya, tindakan tersebut adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh di hukum di bawah Seksyen 11(3), akta sama.

"Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

"Maqis Pulau Pinang sentiasa bersedia untuk melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan sebarang kesalahan membawa masuk dan keluar dapat dibendung selain memastikan keselamatan makanan di negara ini," katanya.