Artis bukan untuk dicaci apatah lagi diikuti

Pelakon, Rafidah Ibrahim
Pelakon, Rafidah Ibrahim
A
A
A

PELAKON dan penyanyi, Rafidah Ibrahim secara umum berkongsi nasihat di laman sosial berhubung individu yang layak menjadi ikutan seluruh manusia adalah Nabi Muhammad SAW.

"Assalamualaikum & Salam Jumaat. Just nak share.. Artis atau selebriti bukan untuk dicaci dan dimaki, apatah lagi untuk diikuti.

"Buat peminat, follower kakak, atau mana-mana selebriti lain jangan sesekali jadikan manusia lain sebagai IKON ataupun IDOLA.

"Satu-satunya yang layak menjadi ikutan seluruh umat manusia hanyalah Rasulullah SAW sahaja kerana kemuliaan Baginda.

"Jangan katakan Baginda, selipar Baginda yang dah sampai Arasy ALLAH jauh lebih mulia daripada kita semua," coret Fida di Instagram miliknya.

Pada masa sama Fida, berkata, andai ada yang terniat nak mempertikaikan tentang selipar Baginda jauh mulia daripada semua manusia seperti mana tulisnya, boleh rujuk ulama' mahupun ustaz.

"Sedangkan pada Israk Mikraj, Malaikat Jibril hanya mampu menemani Baginda di lapisan Sidratul Muntaha sahaja, tetapi Nabi Muhammad SAW dah sampai singgahsana ALLAH dengan pakaiannya yang lengkap bersama seliparnya.

"Sekian, perkongsian untuk post kali ni. Mudah-mudahan kita peroleh sedikit ilmu tengah hari ini," akhirnya.

Artikel Berkaitan: