Ahli MKT tidak tahu wujudnya gerakan UMNO 3.0

Gambar dari kiri: Mohd Razlan, Abdul Rahman, Razali Ibrahim
Gambar dari kiri: Mohd Razlan, Abdul Rahman, Razali Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak mengetahui wujudnya gerakan ke arah penubuhan UMNO 3.0 bagi menggantikan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan kepimpinan yang baharu.

Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, gerakan UMNO 3.0 tidak dapat dipastikan, namun tidak menolak kemungkinan wujud gerakan sedemikian kerana ada dalam kalangan ahli UMNO yang percaya bahawa kandungan audio perbualan mirip Ahmad Zahid dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tulen.

“Gerakan UMNO 3.0 saya tidak dapat pastikan, tetapi ada antara ahli UMNO yang percaya audio itu asli dan sebaliknya.

“Jadi itu yang buat pertembungan antara dua pihak,” katanya.

Seorang lagi Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menasihatkan semua pemimpin UMNO agar melihat kepada kepentingan UMNO itu sendiri.

“Saya nasihatkan semua pihak untuk letakkan kepentingan UMNO dan ahlinya berjumlah tiga juta yang setia kepada UMNO. Tengok-tengok juga harapan dan pandangan mereka.

“Biarlah benda ini dirungkai dengan cara UMNO,” katanya.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim pula berkata, beliau tidak tahu mengenai kewujudan gerakan UMNO 3.0 itu.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak tahu. Saya pun baru dengar mengenainya,” katanya.