Pelakon baharu jangan demand: Osman Ali

Osman Ali
Osman Ali
A
A
A

"PELAKON baharu tidak perlu demanding dari segi harga kerana mereka baru mahu menampakkan diri," jelas Osman Ali berhubung anggaran kadar bayaran setimpal kepada pelakon baharu yang masih hijau di arena hiburan.

Menurut penerbit dan pengarah tersohor itu, biarlah mendapat bayaran yang sederhana namun nantikan impak pada masa hadapan.

"Andai dalam pemikiran mereka sudah dirosakkan dengan duit semata-mata, maka pelapis baharu akan menjadi penggiat seni yang palsu dan spoil," ujarnya kepada Sinar Harian.

Berbicara mengenai seleksi lambakan pendatang baharu untuk menggalas watak atau berlakon sebagai pelakon pembantu, Osman berkata, peluang diberikan harus datang dengan latihan yang betul sebagai pelakon, tidak cukup hanya bersandarkan wajah dan followers.

Kata Osman lagi, seorang pelakon pembantu dapat menghidupkan sesebuah karya apabila digandingkan dengan pelakon yang berpengalaman agar ianya sama rata.

No Image Caption

Artikel Berkaitan: