Tender kerajaan ada kartel?

Muka depan Sinar Harian pada Selasa.
Muka depan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

AWANG naik pelik bagaimana wujudnya ‘kartel’ bolot tender kerajaan bernilai RM3.8 bilion. Ini betul-betul semangat ‘Malaysia Boleh’.

Memang Awang tak terfikir hal ini boleh berlaku.

Tambah terperanjat Awang apabila orang yang dikatakan mastermind kartel itu terbukti kaya-raya yang luar biasa.

Wang tunai sejumlah RM3.5 juta tersimpan di rumahnya. Beliau ada kenderaan mewah bernilai lebih RM15 juta. Ada juga helikopter dan yacht. Menurut beritanya, hal itu dah berjalan sejak tahun 2014. Kartel tersebut telah membolot projek tender kerajaan dengan bantuan dari dalam.

Tentulah ada kaedah dan cara bagaimana hal semacam ini boleh berlaku.

Kerajaan patut sangat fikirkan kaedah baharu agar tidak ada kartel baharu yang menangguk di air keruh.

Awang memang sedar betapa seriusnya soal rasuah dalam negara kita.

Oleh sebab itu, Awang selalu tak percaya jikalau ada rancangan nak bantu rakyat atau nak bantu pengusaha dan peniaga kecil. Rakyat tinggal miskin. Pengusaha dan peniaga terus tak terbela.

Artikel Berkaitan:

Yang buat duit mereka yang ada ‘kaitan’ atau ‘cable’ yang besar. Banyaklah ketirisan dan kebocoran yang berlaku dalam rancangan bantu rakyat terutamanya orang miskin.

Oleh sebab itu, Awang sokong gerakan ‘Rasuah Busters’. Pada masa ini tumpuan bukan sahaja pada cara nak basmi rasuah tapi nak ubah sikap dan nilai rakyat.