Murid cedera ditampar guru sekolah agama

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KULAI - Seorang murid berusia tujuh tahun cedera di mulut selepas ditampar seorang guru di sebuah sekolah agama di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, maklumat itu diperoleh seorang pegawai kanan polis pangkat Asisten Superintendan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada jam 4 petang Khamis.

"Maklumat itu diperoleh dari satu laman sosial. Semakan awal, tiada sebarang laporan polis diterima dan kemudian satu laporan dibuat polis sebagai maklumat pertama untuk siasatan lanjut.

"Polis telah buka satu kertas siasatan untuk menyiasat punca kejadian dan sedang giat mengesan saksi-saksi bebas," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, IPD Kulai akan berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai serta Johor untuk maklumat terperinci.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat kejadian boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes berkenaan iaitu Inspektor Izanzaki menerusi talian 014-5296880.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.

Artikel Berkaitan: