X

Kindly register in order to view this article
!

Suami tak halang Sasqia Dahuri

Pelakon, Sasqia Dahuri
A
A

PELAKON, Sasqia Dahuri berkongsi masih belum ada khabar gembira selepas dua bulan berkahwin dengan ahli perniagaan hartanah dari Singapura, Muhammad Asyraff Khan.

Menurut pelakon filem Misteri Dilaila itu, meski dihimpit jadual padat namjn dia tidak menolak andai diberikan cahaya mata satu hari nanti.

"Sekarang ini belum lagi sebab lepas kahwin terus ada penggambaran telefilem dan promosi untuk filem Misteri Dilaila serta beberapa projek mendatang.

"Pada masa sama mengenai rezeki cahaya mata itu saya letakkan pada takdir Tuhan sahaja.

"Untuk sekarang, saya dan suami bekerja keras untuk masa depan anak, kami mahukan yang terbaik untuk anak," jelasnya kepada Sinar Harian.

Sasqia ditemui pada malam gala filem Misteri Dilaila baru-baru, berkata, sungguhpun sudah berkahwin dia tetap masih meneruskan kerjayanya sebagai pelakon.

"Ini adalah kerjaya saya... jadi tanyakan pada mana-mana pelakon meski sudah berkahwin pun akan teruskan juga berlakon seperti biasa.

"Begitu juga dengan saya dan suami pun tak menghalang," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sasqia baru sahaja habis menjalani penggambaran telefilem bersama pelakon Daler Yusof dan Namron arahan Feroz Kadir.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!