Pertembungan El Clasico umpama final

Karim Benzema
Karim Benzema
A
A
A

PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema menjangkakan persaingan sengit untuk merebut trofi La Liga musim ini dengan penentuan kejuaraan kemungkinan akan dapat diketahui pada penghujung musim.

Menurutnya, peluang masih terbuka luas untuk terutama kepada Real, Barcelona dan Atletico Madrid meraih trofi tersebut dengan kesemua pasukan tidak dibezakan dengan jurang mata yang jauh.

"Masih ada beberapa perlawanan untuk diharungi. Saya rasa kejuaraan liga akan ditentukan di penghujung musim dengan saingan sangat kommpetitif. Kami perlu mengharungi setiap baki perlawanan seperti perlawanan akhir," katanya.

Kedudukan dalam saingan La Liga menyaksikan Atletico sedang mendahului carta liga dengan 66 mata, disusuli Barcelona (65 mata) dan Real (63) mata dengan aksi liga tersebut berbaki sembilan perlawanan.

Dalam pada itu, Benzema turut menggambarkan aksi El Clasico pada Ahad ini akan menjadi perlawanan paling menarik apatah lagi Barcelona sudah tentu akan turun dengan misi membalas dendam selepas tewas di Camp Nou 1-3 tahun lalu.

"Pada pendapat saya, El Clasico adalah perlawanan paling hebat di dunia. Bukan hanya pada saya tetapi kepada semua orang kerana sejarah antara dua kelab tersebut.

"Seperti biasa, ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar kerana kedua-dua pasukan mempunyai keinginan untuk menang selain penguasaan bola yang bagus. Saya rasa perlawanan ini akan banyak berada di tengah padang.

"Kami akan cuba bermain seperti di Camp Nou dan kami mempunyai segalanya untuk menang kerana kami fikir ini adalah umpama final. Namun, kami sedar mereka mempunyai ramai pemain bagus seperti penjaga gol,Marc-Andre ter Stegen dan sudah tentu Lionel Messi. Kami akan sentiasa berwaspada," katanya.

Artikel Berkaitan: