UMNO percaya Pas, bukan Tun Mahathir

Paparan skrin kenyataan Asyraf Wajdi yang disertakan sekali nota arahan Pas kepada jenteranya untuk membantu kempen BN di Semenyih.
Paparan skrin kenyataan Asyraf Wajdi yang disertakan sekali nota arahan Pas kepada jenteranya untuk membantu kempen BN di Semenyih.
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMMO tetap percayakan Pas walaupun timbul dakwaan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti Islam itu tidak akan menyokong BN dalam PRK Semenyih.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini bukan pertama kali Dr Mahathir membuat dakwaan sebegitu.

"Saya lebih percaya arahan bertulis Pas kepada pendokongnya supaya membantu dan menyokong calon BN berbanding kenyataan Tun Mahathir mendakwa kononnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) bertemu dengan beliau untuk menyatakan bahawa Pas tidak menyokong BN dalam PRK Semenyih kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas tidak sokong UMNO dalam PRK DUN Semenyih: Mahathir

"Lagipun ini bukan kali pertama Tun Mahathir buat dakwaan seperti ini. Dulu pun mendakwa kepimpinan UMNO bertemu beliau untuk membincangkan mengenai pembubaran UMNO," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir mendakwa Pas menyatakan tidak akan memberi sokongan kepada BN dalam PRK Semenyih.

Pendirian Pas tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani sendiri oleh Abdul Hadi.

Kejutan terbaharu Pas itu dimaklumkan oleh Dr Mahathir ketika ditanya butir pertemuan yang berlangsung kira-kira 45 minit di Pejabat Perdana Menteri di Yayasan Al-Bukhari semalam.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, rakyat tidak selamanya boleh ditipu lagi.

"Cukup-cukuplah sandiwara manifesfo dan pelbagai penipuan pimpinan PH termasuk yang terbaru pengakuan seorang demi seorang menteri, menteri besar, timbalan menteri di bawah Kabinet beliau yang akhirnya mengakui tiada sijil akademik setelah didedahkan masyarakat netizen," katanya.