Treler terbalik, pemandu cedera ringan

Keadaan treler yang terbalik selepas melanggar tembok besi di KM43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong pada Jumaat.
Keadaan treler yang terbalik selepas melanggar tembok besi di KM43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong pada Jumaat.
A
A
A

BENTONG - Sebuah treler terbalik selepas melanggar tembok batu di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.25 petang itu, pemandu treler merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian melibatkan sebuah treler jenis Scania yang membawa muatan simen.

Menurutnya, siasatan awal mendapati treler tersebut yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bentong.

Pemandu treler yang mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan di KM43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong pada Jumaat. - Foto ihsan PDRM
Pemandu treler yang mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan di KM43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong pada Jumaat. - Foto ihsan PDRM

"Treler itu telah hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik melanggar tembok batu di sebelah kiri jalan.

"Akibat kemalangan itu, pemandu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, treler itu mengalami kerosakan di keseluruhan bahagian hadapan hadapan dan belakang.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.