Warga emas hilang ditemukan dalam parit

Mangsa ditemui dalam keadaan lemah di dalam parit di Bukit Aria dekat Kampung Sungai Temau pada Jumaat. - Foto ihsan polis
Mangsa ditemui dalam keadaan lemah di dalam parit di Bukit Aria dekat Kampung Sungai Temau pada Jumaat. - Foto ihsan polis
A
A
A

LIPIS - Seorang lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan lemah di dalam parit di Bukit Aria dekat Kampung Sungai Temau di sini pada Jumaat selepas dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Mangsa berusia 61 tahun yang merupakan pesakit mental ditemui penduduk kampung pada jam 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, lelaki tersebut dilaporkan keluar seorang diri kira-kira jam 7.30 petang pada Selasa lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga jam 5 petang pada Rabu.

Menurutnya, lelaki itu mempunyai penyakit mental dan sering berjalan di kampung itu, namun biasanya akan pulang ke rumah.

Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh untuk menerima rawatan. - Foto ihsan polis
Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh untuk menerima rawatan. - Foto ihsan polis

"Pada Rabu, kira-kira jam 9 pagi seorang pekerja servis pencawang telah melihat lelaki itu sedang tidur berhampiran pencawang Sungai Temau, Bukit Aria dekat Blok C.

"Pekerja terbabit memberitahu penduduk kampung, namun operasi mencari tidak menemui lelaki berkenaan.

"Operasi mencari disambung lagi dan lelaki itu ditemui pagi tadi (Jumaat)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh untuk mendapatkan rawatan.