Beri peluang PN wujudkan Negara Berkebajikan: Abdul Hadi

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM - Pas mengajak rakyat supaya memberi peluang kepada parti itu dan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) mewujudkan sebuah Negara Berkebajikan dengan agenda Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perubahan kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) dahulu dengan kelemahan pemerintahannya tidak mampu diubah Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, apa yang dijanjikan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya indah khabar daripada rupa dengan manifesto yang tidak mampu dikotakan.

"Negara Berkebajikan berpandukan kepada hidayah (petunjuk ALLAH SWT). Dengan penuh keyakinan kepada kejayaannya yang dijanjikan oleh ALLAH dalam aspek politik, ekonomi dan keamanan masyarakat.

"Justeru, menegakkan Negara Berkebajikan menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam dan mengajak bukan Islam bernaung di bawah keadilannya yang sebenar," katanya menerusi catatan di Facebook beliau pada Jumaat.

Abdul Hadi berkata, kesilapan yang sama akan berulang lagi walau siapa yang mengambil alih pentadbiran negara.

Katanya, perkara itu berlaku apabila iman, amal soleh dan akhlak berpisah dengan agama yang termaktub dalam Islam yang sempurna ajarannya.

"Kali ini kami mengajak supaya peluang diberikan kepada Pas bersama gabungan politik PN yang menjanjikan sebuah Negara Berkebajikan dengan agenda WINS," katanya.

Artikel Berkaitan: