GROW PKNS 2020 bantu siswazah capai jualan RM4 juta

Siti Zubaidah menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta program GROW 2020 pada majlis graduasi yang diadakan baru-baru ini.
Siti Zubaidah menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta program GROW 2020 pada majlis graduasi yang diadakan baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM – Peserta Program Usahawan Siswazah (GROW) PKNS 2020 mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya mengutip jualan sebanyak RM4 juta sepanjang tempoh enam bulan program berlangsung.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Siti Zubaidah Abd Jabar berkata, terdapat antara peserta yang mengembangkan perniagaan mereka melalui penambahan bilangan stokis sehingga 400 orang selain mengeluarkan produk baharu serta meningkatkan jualan sehingga 400 peratus.

Menurutnya, walaupun tahun 2020 dianggap mencabar susulan pandemik Covid-19, namun itu tidak menghalang peserta terdiri usahawan muda melonjakkan rekod jualan dengan bantuan PKNS melalui program GROW.

Siti Zubaidah (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta program GROW 2020 pada majlis graduasi yang diadakan baru-baru ini.
Siti Zubaidah (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta program GROW 2020 pada majlis graduasi yang diadakan baru-baru ini.

"Menariknya program GROW pada pada tahun ini apabila PKNS memperkenalkan pelbagai modul baharu yang memberi penekanan dalam aspek e-dagang, pemasaran media sosial dan digital di samping pembangunan inovasi selaras dengan permintaan ekonomi masa kini.

“Kejayaan pelaksanaan program ini tidak perlu disangkal lagi kerana PKNS telah berjaya merekodkan 363 peserta dengan jumlah jualan terkumpul lebih RM30 juta sejak mula dilancarkan pada 2006,” katanya.

Baru-baru ini, seramai 29 peserta yang selesai menjalani kursus latihan tersebut pada November lalu telah diraikan dalam majlis graduasi di PKNS BizPoint Seksyen 7 di sini.

Artikel Berkaitan:

Program GROW 2020 menekankan kaedah pelaksanaan mengkhususkan kepada aktiviti modul dan bengkel, bimbingan berkumpulan serta individu.

Pengambilan peserta adalah khusus kepada lepasan graduan yang berumur 30 tahun ke bawah telah berdaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menjalankan perniagaan sepenuh masa.