Azmin harap pengundi Semenyih terus sokong PH

Mohamed Azmin
Mohamed Azmin
A
A
A

SEMENYIH - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu PH mengulangi kejayaan di tiga pilihan raya kecil sebelum ini di Semenyih bulan depan.

Menurut Mohamed Azmin, rakyat sudah memilih PH di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

"Pada PRK Dun Semenyih ini, kita harap rakyat di sini terus memberi sokongan kepada PH.

"Kita mempunyai agenda besar untuk rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, PH akan memberi tumpuan kepada isu rakyat dan soal pembangunan di DUN Semenyih.

"Kita jangan bawa isu perkauman atau isu agama yang sempit, ia boleh memecahkan perpaduan rakyat di negeri," katanya.

Tambahnya, PH yang kini memegang tampuk pemerintahan berjaya memupuk perpaduan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

"Rakyat perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

"Rakyat juga telah memberi amanah dan sokongan luar biasa kepada PH," katanya.