Laporan palsu: 11 kertas siasatan terhadap Sivanesan

Arjunaidi dalam sidang akhbar di IPK Selangor pada Jumaat.
Arjunaidi dalam sidang akhbar di IPK Selangor pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 11 kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh Presiden Pertubuhan Organisasi Kebajikan Rakyat Malaysia, T Sivanesan berhubung laporan palsu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tindakan ini diambil susulan 13 laporan yang dibuat Sivanesan sejak tahun 2019.

"Ikut pecahan, pada tahun 2019 ada empat laporan, tahun 2020 (4 laporan) dan tahun ini ada lima laporan yang antaranya di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

"Susulan itu, soal siasat dibuat dapati terdapat laporan dibuat pengadu (Sivanesan) adalah tidak benar dan pegawai penyiasat telah membuat laporan kerana bukti menunjukkan laporan itu adalah palsu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, kes itu telah dibuka di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Tambah Arjunaidi, tindakan sewajarnya telah diambil dan sebanyak 11 kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.

"Dakwaan bahawa polis tidak menjalankan siasatan adalah tidak benar. Jika Sivanesan tidak berpuas hati, boleh hubungi kita untuk beri bukti berdasarkan dakwaan yang dibuatnya.

"Kita akan siasat seadilnya dan tindakan polis adalah berdasarkan fakta dan keterangan," katanya.

Artikel Berkaitan: