'Tiada arahan henti kerjasama dengan BN di Semenyih'

Ahmad Fadhli. - Foto Astro Awani
Ahmad Fadhli. - Foto Astro Awani
A
A
A

SHAH ALAM - "Setakat ini tiada apa-apa arahan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya pimpinan dan jentera menghentikan kerjasama dengan BN dalam PRK DUN Semenyih," demikian jawapan diberikan Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

Bercakap kepada Sinar Harian, Ahmad Fadhli memberitahu, Pemuda Pas kini sedang giat menyusun strategi bagi membantu kempen calon BN di Semenyih dalam PRK yang akan diadakan 2 Mac depan.

"Itu setakat saya maklum. Selebihnya patut tanya kepada Tuan Guru," katanya ketika dihubungi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas tidak sokong UMNO dalam PRK DUN Semenyih: Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan, Pas tidak akan memberi sokongan kepada BN dalam PRK DUN Semenyih, bulan hadapan.

Katanya, pendirian tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani sendiri oleh Abdul Hadi.

Artikel Berkaitan: