X

Kindly register in order to view this article
!

Klopp mahu The Reds fokus berdepan Villa

Jurgen Klopp
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tetap mahu skuad kendaliannya itu kekal fokus menjelang aksi berdepan Aston Villa di Anfield, malam ini.

Katanya, biarpun tewas 1-3 kepada Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu, skuad The Reds itu tetap melakukan persediaan bagi berdepan Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Malah menurut Klopp, pihaknya telah merangka persiapan tersendiri dalam usaha meraih tiga mata yang cukup berharga di laman sendiri.

“Kita tidak boleh lagi melakukan kesilapan kali ini dan kita perlu beraksi dengan sebaik mungkin untuk melakar kejayaan.

“Kita mungkin boleh membuat keputusan ia telah berakhir untuk Liga Juara-Juara, tetapi bagi EPL, kita perlu terus berjuang sehingga ke penghujungnya,” katanya.

Liverpool kini berada pada kedudukan ke tujuh EPL dengan 49 mata hasil 14 kemenangan, tewas tujuh kali dan seri sembilan kali daripada 30 perlawanan.

Skuad The Reds itu perlu terus mengekalkan momentum kemenangan dalam usaha mengejar slot empat pasukan teratas EPL musim ini.

Sementara itu, Klopp berkata persiapan menjelang aksi berdepan Villa berjalan lancar dan diharapkan memberikan sedikit suntikan semangat kepada pemain untuk mengharungi perlawanan berkenaan.

“Apa yang penting kini adalah untuk pastikan pemain-pemain kita dalam keadaan cergas untuk perlawanan ini.

“Mereka (pemain) perlu terus fokus untuk berdepan Aston Villa kerana bagi perlawanan ini penting bagi kami untuk terus mengukuhkan kedudukna dalam carta EPL,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!