Pekerja kilang maut nahas dua kenderaan

Kenderaan mangsa remuk di bahagian sisi dan hadapan. - Foto Ihsan polis
Kenderaan mangsa remuk di bahagian sisi dan hadapan. - Foto Ihsan polis
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang pekerja kilang maut, apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Kilometer 19 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku pada jam 12.25 pagi membabitkan kereta Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 26 tahun dan Perodua Myvi yang dipandu mangsa berusia 30 tahun.

"Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, kemalangan tersebut berlaku di lampu isyarat simpang tiga, di mana Toyota Vios yang dipandu seorang peniaga itu bergerak dari arah Taman Ungku Tun Aminah menghala ke Mutiara Rini telah merempuh bahagian sisi kanan Perodua Myvi yang dipandu mangsa.

"Mangsa ketika itu bergerak dari arah Jalan Persiaran Jasa dan ingin membelok ke kanan menghala ke Taman Ungku Tun Aminah.

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas berkenaan. - Foto Ihsan polis
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas berkenaan. - Foto Ihsan polis

"Ekoran daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, serta bahagian badan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dzulkhairi berkata, mangsa kemudiannya telah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru manakala pemandu kenderaan Toyota Vios itu pula mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital KPJ Johor Bahru.

Katanya, tindakan mengesan saksi bebas sedang dijalankan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) APJ 1987.

Artikel Berkaitan: