Ringgit meningkat berbanding dolar AS pagi ini

x-default
x-default
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS, disokong oleh kelemahan nilai dolar AS selepas hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) jatuh ke paras terendah dua minggu.

Pada jam 9.01 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1300/1350 berbanding dolar AS daripada 4.1360/ 1390 pada penutupan urus niaga petang Khamis.

Dolar AS merosot walaupun pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell telah memberi jaminan bahawa bank pusat dapat membantu perkembangan ekonomi tanpa menimbulkan inflasi yang membebankan.

"Harapan mula menyinar untuk ringgit tatkala hasil AS terus menyusut, sementara harga minyak akhirnya menunjukkan sedikit ketenangan sambil berusaha membentuk asas sekitar Brent pada harga AS$63," kata Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes pada Jumaat.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama, kecuali pound Britain, ia meningkat kepada 5.6783/6869 daripada 5.6825/6878 pada Khamis.

Unit tempatan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0837/0881 daripada 3.0836/0867 pada hari Khamis dan turun berbanding yen ke 3.7800/7856 daripada 3.7744/7782 sebelumnya.

Ia turut jatuh berbanding euro pada 4.9230/9293 daripada 4.9070/9109 pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan: