Jakel, PV bina 3,600 unit pangsapuri

Projek J.Satine menyediakan 3,600 unit kediaman pangsapuri mampu milik bagi golongan berpendapat rendah dan sederhana.
Projek J.Satine menyediakan 3,600 unit kediaman pangsapuri mampu milik bagi golongan berpendapat rendah dan sederhana.
A
A
A

SEBUAH lagi projek pembangunan yang mengandungi 3,600 unit kediaman pangsapuri mampu milik bakal dilancarkan iaitu J.Satine di Setapak.

Projek itu dibangunkan menerusi usahasama strategik di antara Kumpulan Jakel dan Platinum Victory (PV).

Lebih menarik apabila orang ramai boleh menyaksikan pra-pelancaran tersebut secara maya melalui platform Facebook live pada 9 April jam 8 malam, seterusnya mengambil peluang menempah sebanyak 2,068 unit yang ditawarkan bagi Fasa 1 projek ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, Fasa 1 dijadualkan bermula pada suku ketiga tahun ini.

Menurutnya, bagi Fasa 2 projek seluas 9.2 ekar berkonsepkan perumahan dan pembangunan bercampur pula dijangka akan dilancarkan pada tahun 2022 dengan baki 1,532 unit pangsapuri mampu milik.

“Hasrat pembinaan Pangsapuri Residensi Wilayah J.Satine ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah idaman dalam kawasan bandaraya Metropolitan Kuala Lumpur, khususnya bagi mereka yang merancang untuk memiliki rumah pertama.

“Berharga RM300,000, pangsapuri mampu milik 44 tingkat ini berkeluasan lantai 800 kaki persegi seunit dan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Ia terletak di lokasi strategik berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam iaitu Transit Aliran Ringan (LRT) yang mempunyai tiga stesen berhampiran iaitu, Wangsa Maju, Taman Melati dan Sri Rampai.

“Projek kediaman ini memiliki kemudahan awam yang lengkap dan bermanfaat kepada bakal penghuni berserta kolam renang dan taman rekreasi. Ini kerana kita bukan hanya menjual unit semata-mata tetapi konsep kediaman bermasyarakat,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, penonton pra-pelancaran secara maya berpeluang membuat pendaftaran awal sebelum pelancaran rasmi yang dijangka pada Jun nanti.Katanya, pra-pelancaran itu akan memberi peluang kepada para penonton untuk melihat konsep dan gaya hidup serta hiasan dalaman pangsapuri contoh yang telah siap dibina di tapak galeri jualan J.Satine untuk dikunjungi oleh bakal-bakal pembeli.

“Program ini akan berkolaborasi bersama influencer media sosial dan para selebriti terkemuka tanah air seperti Wani Hasrita, Elfira Loy, Harris Alif, Intan Ladyana, Amira Othman serta ikon hartanah Ahyat Ishak,”katanya.

Projek J.Satine dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM1.25 bilion, merupakan pembangunan bersepadu yang merangkumi 4,303 unit kediaman dan perdagangan.

Ia terbahagi kepada tiga komponen pembangunan termasuklah 3,600 unit Pangsapuri Mampu Milik Residensi Wilayah, 661 unit SOHO dan 42 unit komersial.

Projek tersebut dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun termasuk unit-unit SOHO dan komersial yang akan dilancarkan pada masa akan datang.