Milo, Nescafe tampil ramuan terbaharu

Dari kiri: April Wong, Kanthan, Juan, Daniel Teng dan Soi Ping pada majlis pelancaran Nestle Dairy Free di Jaya Grocer Starling Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dari kiri: April Wong, Kanthan, Juan, Daniel Teng dan Soi Ping pada majlis pelancaran Nestle Dairy Free di Jaya Grocer Starling Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

DUA jenama terkemuka Nestle, Milo dan Nescafe muncul dengan versi minuman terbaharu yang diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan atau tanpa tenusu.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, ia berikutan semakin ramai pengguna membuat pilihan pemakanan yang lebih sihat di samping meneroka cara baharu untuk menikmati makanan yang bukan sahaja bermanfaat untuk diri sendiri tetapi turut mementingkan alam sekitar.

“Justeru, kami telah menginovasi kedua-dua jenama ini dengan menghasilkan versi tanpa tenusu bagi menyokong keperluan berasaskan tumbuhan yang lazat sekali gus melangkah ke arah yang lebih lestari.

“Komponen susu dalam kedua-dua minuman ini turut digantikan dengan sumber protein yang berasaskan tumbuhan seperti badam, kacang soya, oat dan kacang pea,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Nestle Dairy Free di Jaya Grocer Starling Mall, di sini pada Khamis.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Jualan Nestle, Chew Soi Ping; Ketua Operasi Trendcell Jaya Grocer Group, Daniel Teng dan Ketua Barang Niaga Jaya Grocer Group, Kanthan K.

Dari kiri: April Wong, Juan dan Daniel Teng pada majlis pelancaran Nestle Dairy Free di Jaya Grocer Starling Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dari kiri: April Wong, Juan dan Daniel Teng pada majlis pelancaran Nestle Dairy Free di Jaya Grocer Starling Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.

Juan berkata, pelancaran produk minuman Nestle Dairy Free baharu itu sejajar dengan komitmen pihaknya untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, makanan berasaskan tumbuhan tersebut telah mencetuskan revolusi cara penghasilan makanan.

“Kami berharap dengan menawarkan minuman yang tidak berasaskan haiwan ini, ia secara tidak langsung dapat membantu kami dalam mencapai cita-cita ini,” katanya.

Pegawai Eksekutif Peniagaan Nestle, April Wong berkata, evolusi jenama ikonik, Milo dan Nescafe tersebut seiring dengan revolusi makanan yang menawarkan peluang pertumbuhan baharu untuk segmen minuman sedia diminum.

Dua jenama terkemuka Nestle, Milo dan Nescafe muncul dengan versi minuman terbaharu.
Dua jenama terkemuka Nestle, Milo dan Nescafe muncul dengan versi minuman terbaharu.

“Kami berharap minuman Nestle Dairy Free ini dapat mencetuskan lagi minat pengguna untuk mengamalkan diet berasaskan tumbuhan di samping memastikan tubuh badan sentiasa sihat.

“Produk berasaskan tumbuhan ini merupakan sumber lemak yang sihat yang mana ia mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan serat makanan serta bebas daripada kolesterol,” katanya.

Beliau berkata, rangkaian minuman Nestle Dairy Free itu turut memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat sebagaimana yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ini bermakna kandungan gula dan lemaknya adalah lebih rendah berbanding dengan produk-produk minuman yang lain,” katanya.