Usah ketepi pandangan Annuar demi selamatkan UMNO

Pucuk kepimpinan dan akar umbi UMNO perlu mempertimbangkan sebarang pandangan Annuar Musa demi menyelamatkan parti.Gambar kecil: Ikhwan
Pucuk kepimpinan dan akar umbi UMNO perlu mempertimbangkan sebarang pandangan Annuar Musa demi menyelamatkan parti.Gambar kecil: Ikhwan
A
A
A

SHAH ALAM - Pucuk kepimpinan dan akar umbi UMNO perlu mempertimbangkan sebarang pandangan berasas yang dikemukakan pemimpin dilihat 'berhaluan kiri' seperti bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa demi menyelamatkan parti.

Ketua UMNO Bahagian Damansara, Datuk Ikhwan Salim Sujak berkata, parti tidak boleh mengetepikan pandangan berbeza daripada pemimpin-pemimpin seperti Annuar dan Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim begitu sahaja hanya kerana mereka dicop anti presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya, beliau menegaskan UMNO juga tidak boleh bersikap konservatif dan sekadar menjadi 'yes man' dengan apa sahaja diucapkan pemimpin-pemimpin utama parti.

"UMNO kena berubah dengan pemimpin yang bernada berbeza dengan pendirian pucuk kepimpinan parti tidak boleh terus dikira sebagai 'anti presiden'.

"Sebagai contoh, kita tidak habis-habis bincang untuk berkahwin, tetapi kalau kita kuat dan baik, akhirnya orang yang hendak kahwin dengan kita...bukan kita kena cari orang lain.

"Kita kena ubah mengikut zaman. Sekarang ini zaman digital, kalau sebarang pandangan bernas untuk mengubah UMNO baik untuk difikirkan, kena pertimbangkanlah...jangan kira stereotype sahaja," katanya sewaktu dihubungi pada Khamis.

No Image Caption

Annuar dalam satu wawancara mendedahkan sekurang-kurangnya empat 'keanehan' yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, terdapat pihak dipercayai sudah mengatur usul-usul untuk dibawa ke perhimpunan utama UMNO itu.

Ahli Parlimen Ketereh itu tidak menolak kemungkinan ada pihak sudah mengatur usul-usul yang dibawa di mesyuarat di peringkat bahagian, bertentangan dengan amalan kebiasaan di mana usul dibawa secara bebas oleh UMNO bahagian yang bersidang.

Sementara itu, Ikhwan turut mengakui UMNO masih mengekalkan kepimpinan cara lama dan tidak berusaha untuk menampilkan muka baharu bagi mewarnai barisan kepimpinan parti pada masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sayang' Presiden UMNO, saya kena buat laporan polis'- Shahidan