206 saman, 55 motosikal disita

Polis membuat pemeriksaan dalam Ops Bersepadu IPD Tumpat.
A
A

TUMPAT - Sebanyak 206 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan manakala 55 buah motosikal disita dalam Ops Bersepadu di Pantai Geting dan Pantai Tujoh.

Operasi kelmarin bermula jam 3 petang hingga 8 malam melibatkan semua cawangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, sebanyak 187 pemeriksaan motosikal dan 321 individu diperiksa sebelum 206 saman dikeluarkan.

"Antara kesalahan tertinggi adalah menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar.

" Alasan diberikan tidak memakai topi keledar datang ke pantai ini kerana ia dekat dengan rumah," katanya.

Antara penunggang motosikal yang ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu IPD Tumpat.
Antara penunggang motosikal yang ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu IPD Tumpat.

Menurutnya, Ops bersepadu ini juga turut dibantu Bahagian Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, IPD Pasir Mas, IPD Bachok dan IPD Tanah Merah.

Menurutnya, dalam operasi itu dua lelaki ditahan apabila positif dadah dan menghalang penjawat awam.

"Seorang penunggang berusia 27 tahun ditahan kerana positif dadah manakala lelaki berusia 35 tahun pemandu kereta ditahan kerana menghalang penjawat awam," katanya.