PKPB di Sarawak dilanjutkan hingga 26 April: JPBN

PKPB di Sarawak dilanjutkan selama dua minggu lagi iaitu dari 13 hingga 26 April berikutan kes positif Covid-19 di negeri itu masih meningkat. - Foto 123RF
PKPB di Sarawak dilanjutkan selama dua minggu lagi iaitu dari 13 hingga 26 April berikutan kes positif Covid-19 di negeri itu masih meningkat. - Foto 123RF
A
A
A
KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dilanjutkan selama dua minggu lagi iaitu dari 13 hingga 26 April berikutan kes positif di negeri ini masih meningkat, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN memaklumkan, sejumlah 211 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 18,707 kes, manakala satu kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah kematian turut meningkat kepada 117 orang.

“Kes kematian ke-117 merupakan kes ke-15,960 melibatkan seorang wanita warga tempatan berusia 83 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Miri kerana mengalami gejala demam dan kesukaran bernafas,” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan di sini.

Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan wanita itu dikesan positif Covid-19 pada 28 Mac sebelum keadaan kesihatannya didapati merosot dan disahkan meninggal dunia semalam dan kes ini juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kapitan di Marudi dan Kluster Disso di Saratok, menjadikan jumlah kluster yang aktif setakat ini sebanyak 44. - Bernama
Artikel Berkaitan: