Umno masih belum insaf, Pas tunggu apa lagi, tanya Ulya Aqamah

Ulya Aqamah
Ulya Aqamah
A
A
A

SEMENYIH - Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamudin mendakwa budaya politik 'samseng' UMNO masih tidak dapat dibuang daripada parti itu.

Merujuk insiden yang berlaku terhadap Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang 'diserang' penyokong BN hari ini, Ulya mendakwa UMNO masih tidak berubah dan tiada harapan untuk berubah.

"Mereka yang benar-benar sayangkan bangsa Melayu pasti akan menyedari perkara ini.

"UMNO telah menconteng arang ke muka orang Melayu dengan meredai sifat-sifat keji ini, berlaku di dalam parti mereka. Bersatu konsisten ingin mengembalikan maruah orang Melayu sebagai bangsa yang beramanah, berintegriti dan berbudi pekerti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq cuba dikasari ketika penamaan calon

Syed Saddiq 'diserang’ penyokong BN selepas proses Penamaan Calon PRK DUN Semenyih tamat di sini, pagi tadi.

Katanya lagi, andai setelah ditolak rakyat dan ditukar pimpinan, budaya UMNO masih lagi seperti ini, maka benar UMNO tidak boleh diselamatkan lagi.

"Kepada Pas, lihatlah peribadi dan pekerti mereka yang kalian sedang membantu dan memberi nyawa. Adakah kalian juga meredai perkara ini?

Artikel Berkaitan:

"Masih belum ada pimpinan Pas mahupun Pemuda Pas yang berani menyanggah tindakan samseng rakan taawun kalian ini," katanya.

Jelasnya, sudah terang lagi bersuluh, Pas tunggu apa lagi, jangan biarkan parti Islam terus terpalit dengan kekotoran dari parti samseng ini.

"Bagaimanapun terima kasih Unit Amal Pas yang bantu melindungi YB Syed Saddiq sewaktu diserang," katanya.