UMNO Selangor tumpu program Ramadan bersama Pas

Noh (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta pada Majlis Perasmian Penutup Kursus KKP Masakan Frozen Food Kemas Parlimen Tanjong Karang di Pusat Masakan Kemas Sungai Gulang-Gulang di Tanjong Karang pada Khamis.
Noh (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta pada Majlis Perasmian Penutup Kursus KKP Masakan Frozen Food Kemas Parlimen Tanjong Karang di Pusat Masakan Kemas Sungai Gulang-Gulang di Tanjong Karang pada Khamis.
A
A
A

TANJONG KARANG - UMNO Selangor sudah mengarahkan semua bahagian di negeri itu bekerjasama dengan Pas di kawasan masing-masing untuk mengadakan pelbagai program sepanjang Ramadan ini.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, program secara bersama dengan Pas itu bagi mengukuhkan lagi hubungan Muafakat Nasional di negeri ini.

"Kalau boleh program Ramadan seperti solat tarawih, majlis berbuka puasa, mengimarah masjid dan surau dapat dijalankan bersama-sama dengan semangat Muafakat Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKP) Masakan Frozen Food Kemas Parlimen Tanjong Karang di Pusat Masakan Kemas Sungai Gulang-Gulang, di sini pada Khamis.

Noh berkata, pelaksanaan penganjuran program Ramadan juga sudah dibincangkan ke mesyuarat tertinggi Muafakat Nasional di negeri ini.

"Secara dasarnya mereka (Pas) bersetuju dan saya meminta semua ketua (UMNO) bahagian buat program sepanjang Ramadan ini," katanya.

Mengulas mengenai kursus KKP, Noh berkata, kursus masakan sejuk beku itu dijalankan selama tiga hari dan ternyata ia memberi semangat kepada peserta untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

"Makanan sejuk beku ini mempunyai permintaan tinggi terutama menjelangnya Ramadan dan berharap peserta dapat menggunakan segala ilmu yang dipelajari untuk mencari rezeki.

Artikel Berkaitan:

"Kita harap mereka dapat menjual dan memasarkan makanan sejuk beku bagi menambah pendapatan keluarga," katanya.