X

Kindly register in order to view this article
!

Agong sembah DK Pahang kepada Sultan Selangor, terima DK Selangor

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mempersembahkan Darjah Kerabat (DK) Pahang kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin- Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis berkenan mempersembahkan Darjah Kerabat (DK) Pahang kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Darjah kebesaran DK Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati itu dipersembahkan Al-Sultan Abdullah kepada Sultan Sharafuddin pada istiadat yang berlangsung di Dewan Sri Maharaja, Istana Negara.

Sultan Sharafuddin kemudiannya mempersembahkan DK Selangor Yang Amat Dihormati kepada Al-Sultan Abdullah.

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Istiadat itu turut disaksikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!