Sultan Nazrin perkenan ringan hukuman seorang banduan

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memberi perkenan meringankan hukuman yang dihadapi seorang banduan yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan sepanjang hayat kepada penjara seumur hidup.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memberi perkenan meringankan hukuman yang dihadapi seorang banduan yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan sepanjang hayat kepada penjara seumur hidup.
A
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memberi perkenan meringankan hukuman yang dihadapi seorang banduan yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan sepanjang hayat kepada penjara seumur hidup.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, baginda bertitah demikian ketika mempengerusikan Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Perak Bilangan 1/2021 pada Selasa.

Menurutnya, sebanyak sembilan rayuan dipersembahkan untuk pertimbangan baginda bagi mendapatkan pengampunan dalam persidangan tersebut.

"Setelah menimbangkan laporan dari Jabatan Penjara Malaysia dan ulasan Peguam Negara serta pandangan yang dipersembahkan oleh ahli-ahli Lembaga Pengampunan, Sultan Perak berpuas hati bahawa hukuman yang dilalui oleh seorang banduan telah memberi pengajaran berguna kepada banduan tersebut untuk berubah dan seterusnya berkelakuan baik.

"Baginda dengan itu menitahkan seorang banduan yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan sepanjang hayat untuk diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup berkuat kuasa Selasa, 6 April 2021," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Ahmad Suaidi berkata, Sultan Nazrin turut menitahkan nasihat bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan bertujuan memberikan pengajaran kepada masyarakat agar undang-undang negara didaulatkan.

"Pengampunan atau meringankan sesuatu hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah akan hanya dipertimbangkan apabila seseorang banduan menunjukkan sifat insaf, sedar dan menyesal akan kesalahan yang telah dilakukan.

"Selain itu, terbukti berkelakuan baik semasa berada dalam tahanan serta menunjukkan azam serta berikrar untuk memulakan penghidupan baru, lalu memohon budi bicara baginda untuk dikurniakan keampunan," katanya.

Artikel Berkaitan: