Kerajaan buka kepada semua bentuk tindakan

No Image Caption
A
A
A

SANDAKAN - Kerajaan akan meletakkan semua pilihan secara terbuka, termasuk satu cadangan untuk menubuhkan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung gesaan tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan berhubung dakwaan bahawa seorang hakim Mahkamah Rayuan mengenai salah laku dalam kehakiman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kerajaan memandang dakwaan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer sebagai “amat, amat serius” kerana ia menjejaskan institusi kehakiman.

“Saya memahami bahawa pihak kehakiman membuat laporan polis terhadap dakwaan itu menerusi hakim berkenaan (Hamid Sultan) dan saya percaya siasatan akan dijalankan tidak lama lagi. Jadi, kita akan tunggukannya (hasil siasatan) nanti.

“Kita tidak akan meninggalkan mana-mana pihak (dalam siasatan). Tidak akan ada penyembunyian (penemuan salah laku),” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi di sini hari ini.

Pada Rabu (14 Februari), Hamid Sultan mengemukakan afidavit setebal 63 halaman yang mendedahkan butiran maklumat berhubung campur tangan kehakiman dalam Kehakiman Malaysia termasuk dakwaan campur tangan kehakiman terhadap bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor ,yang juga pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh atas keputusan rayuan kes hasutan di Mahkamah Rayuan.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengkaji sebarang cadangan untuk menubuhkan RCI terhadap tuntutan salah laku kehakiman. - Bernama

Artikel Berkaitan: