U.n.i Klinik pertama di Kelantan

U.n.i Klinik di Bachok bakal menyediakan suasana baharu kepada pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.
U.n.i Klinik di Bachok bakal menyediakan suasana baharu kepada pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.
A
A
A

BACHOK - Buat julung kalinya, U.n.i Klinik di bawah Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) dibuka di negeri ini dan bakal mengembangkan perkhidmatannya termasuklah menyediakan khidmat ujian saringan Covid-19.

Ahli Majlis, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Sr Md Alwi Che Ahmad berkata, langkah tersebut adalah untuk membantu meringankan bebanan pihak hospital kerajaan dalam melakukan saringan pandemik tersebut.

“Kita sudah bincang mengenai ujian saringan ini dan kita sedang dalam proses untuk menyediakan keperluan yang sepatutnya. Bukan sahaja ujian saringan, malah vaksinasi juga.

“Kerajaan pun dalam proses untuk melaksanakan idea tersebut (vaksinasi di klinik), sebab kerajaan tidak sempat untuk melaksanakan vaksinasi kepada 30 juta penduduk,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) U.n.i Klinik Bachok di sini.

Alwi (dua dari kiri) melihat ubat yang disediakan di U.n.i Klinik Bachok.
Alwi (dua dari kiri) melihat ubat yang disediakan di U.n.i Klinik Bachok.

Mengulas lanjut, Alwi berkata, U.n.i Klinik Bachok merupakan klinik ke 29 daripada 35 buah klinik di seluruh Malaysia.

Malah katanya, MARA bukan sahaja mempunyai U.n.i Klinik tetapi mempunyai 10 rangkaian U.n.i Farmasi dan juga sedang membangunkan U.n.i Dental bagi melengkapkan rantaian dalam industri kesihatan serta perubatan.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, ProSPEC juga turut melibatkan bidang kejuruteraan, guaman, perakaunan, senibina dan juru ukur bahan.