Tiger Woods pandu dua kali ganda had laju

Keadaan SUV dipandu Tiger Woods yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Februari lalu. - Foto AP
Keadaan SUV dipandu Tiger Woods yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Februari lalu. - Foto AP
A
A
A

BINTANG golf, Tiger Woods memandu hampir dua kali ganda melebihi had laju tempatan, 72 kilometer sejam apabila dia terbabas di California, di daerah Los Angeles pada Februari lalu.

Menerusi laporan ABC7, Syerif Alex Villanueva berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki Woods, 45, bergerak selaju 140 kilometer sejam sebelum terbabas dan terbalik beberapa kali ketika kemalangan di Ranchos Palos Verdes, mengakibatkan juara 15 kali itu cedera serius pada kaki kanannya.

“Punca utama kemalangan adalah memandu pada had laju tidak selamat berdasarkan keadaan jalan dan kegagalan kereta sebaik tiba di selekoh.

“Anggaran kelajuan pada masa kemalangan adalah antara 135 kilometer sejam hingga 140 kilometer sejam,” katanya.

Bagaimanapun tiada tanda-tanda ‘gangguan semasa memandu’ seperti berada dalam pengaruh dadah dan Woods secara sukarela membenarkan keputusan siasatan itu didedahkan kepada orang awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiger Woods cedera parah nahas SUV

Artikel Berkaitan: