Ketua Cawangan Lojistik TLDM direman bantu siasatan SPRM

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang Ketua Cawangan Logistik Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) direman enam hari bermula Khamis bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan mencetak beg kertas dan kain rentang berjumlah RM24,250.

Majistret Nur Izzaty Muhammad Zahari mengeluarkan perintah reman itu selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor jam 10 pagi pada Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan tersebut di mana siasatan dibuat berhubung tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan mencetak beg kertas dan kain rentang kepada Markas KD Sultan Ismail, Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM Tanjung Pengelih Mukim Pengerang Kota Tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN:Kemuka tuntutan palsu, Ketua Cawangan Lojistik TLDM ditahan

Artikel Berkaitan: