Dua kontena simpanan barang terbakar

Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan dua kontena dalam kejadian di sebuah pelantar ikan di Pantai Redang, Sekinchan pada lewat malam Rabu.
Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan dua kontena dalam kejadian di sebuah pelantar ikan di Pantai Redang, Sekinchan pada lewat malam Rabu.
A
A
A

SEKINCHAN - Dua kontena yang dijadikan tempat penyimpanan barang terbakar dalam kejadian di sebuah pelantar ikan di Pantai Redang di sini lewat malam Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, dua kontena berkenaan terbakar 40 peratus.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.40 malam Rabu.

"Seramai 21 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dan Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Hafisham berkata, selain dua kontena tersebut, turut terbakar ialah struktur pelantar ikan berkeluasan 200 x 85 kaki persegi.

"Tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini dan kebakaran dapat dikawal pada jam 12.25 pagi Khamis.

"Jumlah kerugian sebenar dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: