X

Kindly register in order to view this article
!

Masih ada peniaga naikkan harga

KPDNHEP Kuala Lumpur bersama KPDNHEP Cawangan Gombak dan DBKL menjalankan pemeriksaan bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan notis dan kompaun ke atas peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Zubir Hamsa berkata, pemeriksaan bersepadu bermula jam 2 pagi itu dijalankan dengan kerjasama KPDNHEP Cawangan Gombak dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, sebanyak 180 premis diperiksa meliputi pematuhan peniaga dalam menggunakan alat timbang yang sah serta tumpuan bagi melihat sama ada berlaku aktiviti mencatut.

"Empat notis terhadap peniaga telah dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengapa barang jualan mereka mengalami kenaikan harga.

"Selain itu, seramai lapan peniaga turut diberi amaran atas kesalahan kecil. KPDNHEP juga telah mengeluarkan kompaun terhadap tiga peniaga kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya mengingatkan semua peniaga termasuk pemborong dan peruncit agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga bagi tujuan mencatut.

Jelas beliau, peniaga diminta bertimbang rasa dalam menjalankan perniagaan dan berurus niaga secara berhemah.

"Pengguna pula dinasihatkan agar membuat perbandingan harga barang sebelum membuat keputusan pembelian.

"Perbandingan harga ini boleh dibuat melalui aplikasi Price Catcher yang diperkenalkan oleh KPDNHEP bagi mendapatkan harga dan premis yang terbaik sebelum berbelanja. Sebarang aduan boleh disalurkan kepada KPDNHEP untuk tindakan lanjut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!