X

Kindly register in order to view this article
!

Agihan pendapatan interim dana AHB 2.35 sen seunit

Mahmud Fauzi Muda
A
A

KUALA LUMPUR - Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) mengumumkan pengagihan pendapatan interim dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.35 sen seunit untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2021 membabitkan 500,000 unit pertama untuk setiap pemegang unit.

PHB yang merupakan anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd (MAM) berkata, jumlah itu terhasil daripada pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.15 sen seunit dan pengagihan bonus sebanyak 0.20 sen seunit.

“Pengagihan pendapatan interim AHB ini adalah dikecualikan daripada cukai dan telah dizakatkan dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemegang-pemegang unit pada 15 April 2021,” kata PHB dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah Urusan PHB, Datuk Mahmud Fauzi Muda berkata, keadaan pasaran semasa terus mencabar walaupun wabak Covid-19 telah berlangsung selama setahun.

“Pada tahun 2020, PHB telah melaksanakan program Rent Relief Program (RRP) bagi meringankan beban penyewa yang terjejas di bangunan-bangunan milik PHB. Kami juga telah menyediakan peruntukan tambahan bagi meneruskan program ini untuk tahun 2021.

“Walau bagaimanapun, disebabkan oleh sumber yang terhad program bantuan ini hanya diberikan kepada penyewa paling terjejas. Walaupun dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, PHB setakat ini dapat menggantikan sebahagian besar penyewa yang hilang dengan penyewa yang baharu,” katanya.

Beliau berkata, pada 15 Mac 2021, PHB dan MAM telah menawarkan semula 160 juta unit AHB untuk dilanggan oleh Bumiputera.

“Unit-unit yang ditawarkan semula ini adalah hasil unit terkumpul yang telah ditebus oleh pemegang-pemegang unit selama setahun sejak Mac 2020,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!